
Ujian ini tidak semestinya pahit malah kesenangan dan kegembiraan juga merupakan satu ujian buat diri kita yang bergelar hamba Allah.
Hidup ini pasti ada pasang surutnya. Kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah. Langit tidak selalunya cerah.
Setiap daripada kita ditimpakan dengan berbagai ujian yang berbeza tanda kasih sayang daripada yang Maha Penyayang.
Allah berfirman dalam surah Al Ankabut ayat 2-3, yang bermaksud:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Menerusi ayat cintaNya dapat kita simpulkan bahawa ujian ini merupakan salah satu kekuasaan Yang Maha Esa untuk menilai hambaNya yang ikhlas mencintaiNya.
Hanya yang benar-benar yakin dengan kekuasaan dan janji Maha Esa mampu mengatur langkah mencari setiap hikmah ujian sambil hatinya berkata “Ujian ini milik Allah. Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Hanya pada Allah kami memohon harap dan pertolongan”.
Tidak dinafikan tidak mudah bagi jiwa seorang hamba untuk tidak berasa sedih jika dihadapkan dengan ujian yang bertimpa sementalah ujian-ujian itu amat memeritkan seperti kehilangan orang tersayang, dikhianati atau disisihkan oleh keluarga.
Namun, itu bukan alasan untuk kita terus bangkit.
Yakin dengan kekuasaan Allah, pasti Allah sedang menyiapkan sesuatu untuk hambaNya. Teruskan melangkah, ambil hikmahnya.
Lain orang, lain caranya.
Walaupun ujiannya sama, tetapi cara mengatasinya berbeza.
Pelbagai ujian akan kita lalui dan setiap laluan yang kita pilih juga berbeza, namun, jika kita berusaha dan bertawakal kepadaNya tidak mustahil kita dapat sampai ke destinasi akhir tersebut.
Ada yang kandas di perjalanan hanya kerana sikap meratapi setiap ujian, menyalahkan takdir, enggan berusaha, menyepi diri dan bodoh sombong.
Kikislah sifat-sifat ini.
Mana mungkin kita akan berjaya jika kita masih di takuk lama. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Yang diciptakan akal untuk berfikir.
beberapa tips bagaimana menukar persepsi bahawa ujian itu nikmat
- Yakin dengan ketentuan Allah (pasti Allah menggantikan yang lebih baik dan yakinlah Allah sedang mengabulkan doa kita bahawa Allah sedang memberikan petunjuk dan yang terbaik untuk kita)
- Berfikiran positif (sentiasa mengucapkan kata-kata positif dan memberi semangat pada diri untuk berubah ke arah kebaikan)
- Muhasabah diri (lihat kekurangan diri dan perbaiki)
- Bergaul dengan orang sekeliling (jangan sesekali menyendiri kerana waktu ini syaitan akan mula menghasut atau minta pertolongan insan yang dipercayai jika perlu)
- Alihkan perhatian (lakukan sesuatu yang dirasakan mampu mengubat diri
WaAllahu a'lam bisawab.....
#kredit-akuislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan