nuffnang

Selasa, 31 Mei 2011

fakta tentang Al-Quran

quran-verses.jpg
1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.

2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)

3) Jika anda membaca Mukhtasar Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja. (CetakanDar Al-Fikr: 670 halaman).

4) Jika anda membaca 45 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Bulugul Maram dalam masa seminggu.

5) Jika anda membaca 16 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Musnad Ahmad dalam masa setahun sahaja. (50 jilid)

6) Jika anda membaca kitab Syamail Al-Nabi S.A.W oleh Imam Tirmzi, sebanyak 27 mukasurat sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa seminggu.

7) Jika anda membaca kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Bukhari, sebanyak 15 hadis sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa 3 bulan. Dan jika anda membacanya sebanyak 45 hadis sehari anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja.

8) Jika anda membaca kitab Ahkam Al-Quran oleh Imam Syafie sebanyak 37 mukasurat setiap hari, anda dapat menamatkannya dalam masa 2 minggu.

9) Jika anda menghafal satu rangkap syair sahaja setiap hari daripada kitab Alfiyah Ibn Malik, anda dapat menghafal keseluruhan 1000 rangkap syair Alfiyah dalam masa tidak sampai 3 tahun.

10) Jika anda menghafal dua hadis sehari, anda dapat menamatkan hafalan keseluruhan hadis-hadis Umdatul Ahkam dalam masa 8 bulan.

11) Jika anda membaca dan menghafal satu persoalan feqah sehari, berserta dengan khilaf dan dalilnya, maka dalam tempoh 3 tahun anda sudah menguasai lebih 1000 masalah feqah.

12) Jika anda menghafal 2 rangkap syair sahaja sehari, anda dapat menghafal keseluruhan syair matan Al-Baiquniyyah (Mustalah Hadis) dalam masa tidak sampai 3 minggu.

13) Jika anda menghafal 2 hadis sahaja setiap hari secara konsisten bermula hari ini, percayalah 30 tahun akan datang anda boleh berbangga di hadapan cucu-cucu anda dengan berkata, “Atuk sudah menghafal lebih 20,000 hadis”.


~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAKI-LAKI sebanyak 24 dan kata-kata PEREMPUAN juga berjumlah yang sama sebanyak 24 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâ??an terdapat kata-kata DUNIA sebanyak 115 dan kata-kata AKHIRAT juga berjumlah yang sama sebanyak 115 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata MALAIKAT sebanyak 88 dan kata-kata SYAITAN juga berjumlah yang sama sebanyak 88 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata HIDUP sebanyak 145 dan kata-kata MATI juga berjumlah yang sama sebanyak 145 ?

~ Tahukah anda, di dalam Al Qurâan terdapat kata-kata LAUT sebanyak 32 dan kata-kata DARATAN berjumlah sebanyak 13 ?

Dimana 32 + 13 = 45

~ Luas Lautan 32/45 x 100% = 71,11% dari permukaan bumi dan Luas Daratan 13/45 x 100% = 28,89% dari permukaan bumi. Dan ini terbukti


9 nama2 terpanjang di dunia

1. Nama Orang Terpanjang

Autumn Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Brown

Nama yang mempunyai 27 perkataan ini adalah milik seorang lelaki di UK. Namanya diambil dari 25 nama petinju terkenal dari seluruh dunia.

Baki 2 nama lagi adalah nama depan dan nama keluarga. Agak-agaknya di Malaysia, siapa yang mempunyai nama terpanjang ya?


2. Nama Kampung Terpanjang
Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch

ialah nama sebuah kampung di pulau Anglesey di Wales, Britain. Kampung ini tercatat di dalam Guiness Book of Record sebagai tempat yang namanya terpanjang di Britain. Bagaimana sebutannya agak-agaknya?


3. Nama Bukit Terpanjang
Taumatawhakatangihangakoauauotamateaturipukakapikimaungahoronukupokaiwhenuakitanatahu

adalah nama sebuah bukit di Porangahau, di selatan Waipukurau, di selatan Hawke's Bay, New Zealand. Nama ini biasanya disingkatkan menjadi Taumata.


4. Nama Album Terpanjang

He Who Dwells in the Secret Place of the Most High Shall Abide Under the Shadow of the Almightyadalah

adala nama sebuah album yang dihasilkan oleh bekas penyanyi Sin Ad O'Connor


5. Nama Domain dan Nama Kota Terpanjang
http://www.llanfairpwllgwyngyllgogeryc
hwyrndrobwllllantysiliogogogoch.co.uk/
merupakan laman web untuk mempromosikan sebuah kota di Anglesey, Gwynedd, UK. Nama kotanya juga sama panjangnya dengan nama laman web ini.


6. Nama E-Mail Terpanjang

yourname@abcdefghijklmnopqrstuvwxyzabcdefghijklmnopqrstuvwxyzabcdefghijk.com

nama yang sangat panjang untuk sebuah email address cara daftarnya, masuk saja ke webnya di http://www.abcdefghijklmnopqrstuvwxyzabcdefghi jklmnopqrstuvwxyzabcdefghijk.com/

7. Nama Tempat Terpanjang


Krungthepmahanakonbowornratanakosinmahintarayudyayamahadiloponoparatanarajthaniburiromudomrajniwes hasatarnamornpimarnavatarsatitsakattiyavisanukamphrasit

adalah nama sebuah tempat di Thailand yang telah diiktiraf oleh Guinness book of Record sebagai nama tempat terpanjang di dunia.


8. Nama Negara Terpanjang
Al Jumahiriyah al Arabiyah al Libiyah ash Shabiyah al Ishtirakiyah al Uzma
adalah nama rasmi bagi negara Libya.


9. Nama Filem Terpanjang
Night of the Day of the Dawn of the Son of the Bride of the Return of the Revenge of the Terror of the Attack of the Evil, Mutant, Alien, Flesh Eating, Hellbound, Zombified Living Dead Part 2: In Shocking 2-D
adalah nama filem terpanjang yang mempunyai 41 perkataan dan 16 huruf. Filem ini dihasilkan pada tahun 1991.


sumber: wikipedia,
purpleslinky.com


Isnin, 30 Mei 2011

doktor dan pesakit.......

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana
telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di
pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula
percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi
tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s
Mulai hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.
he he...



Rabu, 25 Mei 2011

ic bekas pm malaysia

Dari tahun 2000 sehingga 2010, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sebanyak 28.99 juta kad pengenalan MyKad.

Jumlah tersebut meliputi pengeluaran MyKad bagi gantian untuk permohonan disebabkan kes kerosakan dan kehilangan.

JPN adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab mendaftar peristiwa-peristiwa penting setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian.

Ia ditubuhkan selepas Peraturan-peraturan Darurat (Kawasan-kawasan
Pendaftaran) 1948 yang dikuatkuasakan sebagai salah satu langkah untuk menentang ancaman keselamatan.

Peraturan itu memerlukan semua penduduk supaya mendaftar dan memperolehi kad pengenalan apabila mencapai umur 12 tahun dan ke atas.

Kad pengenalan kini sudah menjangkau usia 63 tahun yang menyaksikan evolusi dari hanya sekeping kad kertas yang dikenali sebagai kad beras kepada MyKad iaitu kad pintar bercip yang diperbuat daripada bahan polikarbonat.


1948 : Kad pengenalan kertas

> Pengenalan : Oleh pemerintah Inggeris di Malaya melalui Emergency
[Registration Areas] Regulation 1948, bagi membendung ancaman pengganas komunis. Ia juga dikenali sebagai 'kad beras' kerana sewaktu catuan makanan pada zaman darurat bermula pada 1948 itu memerlukan bukti pengenalan diri bagi mendapatkan beras.

> Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung Malaysia dari tahun 1948
> sehingga
1960.

> Ciri-ciri : Tujuan untuk keselamatan, tidak bersalut, gambar hitam
> putih,
cap ibu jari kanan sahaja, maklumat asal penduduk, tiada taraf kewarganegaraan.



1960 : Kad pengenalan plastik

> Pengenalan : Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) diperkenalkan bagi
memperkemaskan lagi sistem pengeluaran kad pengenalan.

> Pelaksanaan : Digunakan di Semenanjung dari 1 Ogos 1960 sehingga 31 Mac.
Diperkenalkan di Sarawak pada 30 Mac 1966 dan Sabah pada 1 Jun 1972.

> Ciri-ciri : Keselamatan yang baik, bersalut dan diproses secara
> teragih,
empat warna bagi menentukan taraf warganegara, maklumat terperinci, gambar hitam putih, cap ibu jari kiri dan kanan.



1990 : Kad pengenalan bermutu tinggi

> Pengenalan : Bagi menggantikan kad pengenalan plastik. Juga dikenali
sebagai kad pengenalan bunga raya.

> Pelaksanaan : Diperkenalkan pada April 1990.

> Ciri-ciri : Keselamatan yang tinggi, gambar hitam putih (1990) dan
> gambar
warna (1999), cap ibu jari kiri dan kanan, maklumat terperinci dan bersalut.


Kad pengenalan pintar

> Pengenalan : Kad pintar yang dikenali sebagai MyKad.

> Pelaksanaan : Mulai akhir 2000 di Semenanjung dan awal 2002 di Sabah
> dan
Sarawak. Penukaran kad pengenalan bermutu tinggi kepada Mykad adalah secara sukarela dan percuma mulai tahun 2003 sehingga 2005.

> Ciri-ciri : Kad pengenalan mempunyai ciri keselamatan tinggi dan
berteknologi cip yang kini diperbuat daripada bahan polikarbonat. Pada masa ini, ia memuatkan aplikasi lapan tambah satu (8+1) dalam satu kad.





something yg x best sedang berlaku.....

Ya Allah Kau lindungilah aku dari sebarang perbuatan jahat manusia dan syaitan....
Aku mohon perlindungan dari-Mu Ya Allah.....
Aku hanya manusia yang lemah....lindungi aku Tuhan.....

Jumaat, 6 Mei 2011

keunikan dan keajaiban tahun 2011

tahun ini kita mengalami 4 tarikh yg jarang berlaku dlam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, 11/11/11 serta bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor terakhir dimana tahun lahir kita dan ditambah dengan umur kita tahun ini, keputusannya adalah 111 bagi semua org......pada bulan oktober pula...akan ade 5 kali ahad, 5 kali isnin dan 5 kali sabtu, ini hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun.....wa allahua'lam......cuba renungkan......

Khamis, 5 Mei 2011

kelam kabut

mase nak balik ke perlis...kat langat plk banjir......tunggu cepoi balik dari kerja kat balakong jer......tersangkut kat bt 9 sebab sg serai banjir sampai ke nanding....

camane tu...tunggu punyer tunggu....dah kul 7 x sampai2.....last2 abg ijam yg kat nilai balik naik moto.....n kluar ikut ampang....jem la plk.....dah kul 8 tapi x kuar lagi dari ampang......

last2 hantar kat lrt ampang n suruh deqnor@chubam....datang ke LRT ampang teman aku ke pudu raya.....terkejar2 ler kami...dah ler ieman tdo...sampai dalam pudu...elok lak dia terjaga....sampai dah...ehehehehhe...

sampai kat tempat bas...bas xde...kul 9 lebih sikit baru ade....mengamuk2 ieman sebab panas.....

pastu ambik org lagi kat duta...isi minyak lagi......ingat leh sampai kangar kul 3...last2 sampai kul 4.30 jgk.....

oklah tu...alhamdulillah selamat tiba.....

sekarang mulakan kerja yg berlambak2.....

huhuhu......