nuffnang

Selasa, 28 Februari 2017

DUNIA TEMPAT BERPENAT, DI AKHIRAT NANTI KITA BEREHAT

Jangan mencari keadilan yang mutlak di dunia ini. Terimalah hidup seadanya. Jadilah diri sendiri. Kita ubah yang mampu diubah, yang tidak mampu serahkan kepada Allah. Jika bahagia yang dicari, tetapi derita yang diberi… terimalah. Bahagialah dengan derita itu.

Manusia akan tersiksa oleh jangkaan dan harapannya. Allah ciptakan putaran hidup ini seumpama kitaran cuaca dan musim. Ada yang menikmati empat musim seperti Eropah. Ada yang kontang sepanjang masa umpama Sahara. Ada yang dingin memanjang seperti di  Antartika. Kita hamba… setelah berusaha sehabis daya, pasrah dan menyerahlah. Carilah R&R dalam kembara hidup ini, di sanalah tempat kita berehat seketika… sebelum berehat selama-lamanya! 
Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana itulah yang selalu menyelamaktkan ‘hati’ kita.   
Tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini. Semakin kita terima hakikat ini, hidup kita akan menjadi semakin tenang. Jika tidak, kita akan sentiasa rasa arah, kecewa, dipersenda dan ditipu oleh manusia lain dan keadaan. Sebaliknya, apabila kita mula menerima hakikat dunia memang tidak adil, maka hidup kita kan menjadi lebih tenang dan harmoni.
Mengapa di dunia ini tidak ada kedailan yang mutlak? Yang baik, tidak semestinya mendapat ganjaran dan balasan yang baik. Manakala yang jahat, acap kali terlepas dan bebas? Ya, inilah kaedah Allah menguji manusia, agar terserlah siapa yang benar-benar ikhlas berbuat kepadaNya dan siapa pula yang benar-benar meninggalkan kejahatan kerana-Nya jua. Inilah ujian iman.
Menerusi pengajian tauhid, yakni dalam mengenal sifat-sifat Allah, memang kita telah sedia maklum bahawa Allah swt akan memberi dan menunjukkan sifat keadilan-Nya secara mutlak dan tuntas di akhirat nanti. Manakala, di dunia ini Allah tidak menunjukkan sifat keadilanNya secara sepenuh dan menyeluruh sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman kepadaNya.
Lihat bagaimana nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS dan beberapa nabi yang lain telah dibunuh oleh musuh-musuh kebenaran. Sekiranya kita sebagai suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, pemimpin, pengikut… menerima layanan atau balasan yang tidak adil, biasalah. Inilah hakikat dan lumrah hidup yang mesti ditempuh. Jangan mencari yang ‘serba kena’ kerana hidup dipenuhi oleh resam yang ‘serba tidak kena’.
 Sekiranya kita berbuat baik kerana mengharapkan ganjaran, pembalasan dan ucapan terima kasih daripada manusia, tentu kita akan keewa kerana umumnya manusia memang tidak pandai berterima kasih apalagi untuk membalas budi. Memang, buat baik dibalas baik, tetapi bukan seua kebaikan dibalas di sini (dunia), ada yang Allah simpan di sana (akhirat).
Justeru, apabila Allah menyuruh manusia melakuan kebaikan atau meninggalkan kejahatan, Allah akan menyeru kepada manusia yang beriman dengan lafaz “Ya ayyuhal lazi na amanu – wahai orang yang beriman.” Begitu juga apabila Rasulullah saw menyeru untuk umatnya melakukan kebaikan, baginda sering memulakanya dengan berkata, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah…”
Banyak hikmahnya mengapa Allah dan RasulNya berbuat demikian, salah satunya ialah untuk menunjukkan bahawa mereka yang mahu dan mampu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan dengan ikhlas, sabar dan istqamah hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yakni, mereka yang yakin bahawa Allah Maha melihat akan perbuatan itu dan membalasnya dengan ganjaran atau seksa yang setimpal.
Allah memujuk, Nabi Muhammad dan orang-orang beriman dengan firmanNya: “Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”
Impak daripada itu, manusia yang beriman akan menghadapi hidup ini dengan lebih tenang. Tidak banyak merungut, merengus dan marah-marah. Jika madu dibalas tuba, mereka mampu sabar dan redha. Apabila mendapat ‘limau masam’, mereka akan segera membuat ‘air limau’. Makna, sekiranya apa yang mereka terima sebagai balasan, tidak seperti yang diharapkan dan dijangkakan, mereka tidak ‘memberontak’, sebaliknya mereka mengubah hati, fikiran dan perasaan mereka untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan baik.
Apabila inginkan kejayaan, tetapi sebaliknya kegagalan yang berlaku… mereka akan berkata, “Tidak mengapa, kegagalan adalah yuran kepada kejayaan, kegagalan adalah ‘kejayaan’ yang ditangguhkan. Orang berjaya lebih banyak merasai kegagalan daripada orang yang gagal.”
Mereka tidak mengutuk orang lain, keadaan, diri mereka sendiri apalagi mempersalahan Tuhan. Mereka tidak akan menyesal dan kesal terhadap apa yang berlaku sebaliknya mencari tapak dan semangat baru untuk berusaha dengan lebih baik. Lalu dalam kamus orang berjaya sering tertera pengukuhan kata-kata ini: Kegagalan adalah peluang untuk memulakan semua dengan lebih baik!”
Oang yang telah menerima hakikat dunia ini tidak adil, tidak akan bemusuh dengan dirinya sendiri. Dia tidak mendera dirinya dengan kejam. Mengapa aku bodoh sangat? Mengapa aku lurus bendul? Mengapa aku boleh tertipu? Ini bukan langkah muhasabah yang membangunkan jiwa yang proaktif, tetapi satu ‘self sabotaging habit’ yang menyebabkan dirinya menjadi pasif, pesimis atau murung. Kemudian keburukan dari dalam diri itu akan meletus keluar menjadikan dirinya sebagai ‘toxic people’ yang bersifat aggresif, bersangka buruk dan marah-marah kepada orang lain.
Dalam surah Al Fatehah, Allah menegaskan bahawa Dialah Raja pada Hari Akhirat. Kalimat ini kita ulang-ulang baca pada setiap hari tidak kurang 17 kali. Semuga makna atau kehendak daripada kalimat ini meresap dalam minda sedar dan separa sedar kita, bahawa Allah akan menunjukkan kebesaran sifat Malik-Nya di akhirat, yang pada waktu itu tidak akan ada siapa yang berani mengangkat muka atau berkata-kata.
Di dunia ini, penjahat atau pelaku kemungkaran masih boleh mendabik dada dan meninggikan suara, kerana kuasa yang sementara. Dengan kuasa itu mereka menipu, menindas dan menzalimi dengan pelbagai taktik dan cara. Namun di akhirat nanti, mereka akan kaku, kelu dan membisu apabila Allah menunjukkan kebesaran dan keadilanNya. Di sana nanti barulah kebaikan akan mendapat ganjaran… bukan setimpal tetapi digandakan. Di sana jualah nanti kejahatan akan mendapat balasan… yang pedih, perit dan berganda.
Allah yang Maha Adil tidak mencipta dunia ini dengan serba adil untuk menguji manusia sejauh mana iman mereka kepada sifat keadilanNya! Agar dengan itu orang yang beriman rela ‘disusahkan’ kerana Allah dalam usahanya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Agar dengan itu, orang beriman akan berkata pada hatinya, “ wahai Tuhan, aku rela menerima kesusahan yang sementara dan sedikit di dunia yang serba tidak adil ini demi mendapat kesenangan yang abadi dan lebih baik di akhirat nanti!”
Sampai ke takah ini, sekiranya hati masih bertanya, “mengapa dunia ini tidak adil?” Jawabnya, “kerana Allah yang Maha Adil ingin menunjukkan keadilanNya di akhirat.” Ya, keyakinan kepada Hari akhirat sangat penting semasa hidup di dunia. Meletakkan sesuatu itu pada tempatnya, itulah erti keadilan. Hati orang beriman ialah hati yang adil. Dalam hati itu terpahat satu hakikat:  Dunia tempat penat, di akhirat tempat berehat!
Ya, hidup selepas mati adalah tempat rehat daripada kepenatan daripada ujian hidup sebelum mati. Justeru, Rasulullah saw sendiri berdoa: ” Ya Allah, jadikanlah kematian tempat istirehat daripada segala keburukan dan kejahatan…”

kredit : http://genta-rasa.com

Selasa, 7 Februari 2017

BERDIAM DIRI....

Image result for diam
Manusia berbicara setiap masa...Bicara yang baik membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia...Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan diakhirat...Di dunia akan dibenci oleh manusia...manakala di akhirat bicara yang menyakiti org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah swt .....nau'zubillahminzalik...




Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia...Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah....Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan kata-kata yang sia-sia....

HIKMAH DIAM......

  • Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
  • perhiasan tanpa berhias
  • kehebatan tanpa kerajaan
  • benteng tanpa pagar
  • kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
  • istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
  • menutup segala aib
Image result for diam


antara hadis Rasulullah saw.... mengenai kelebihan diam.....

"barangsiapa yang byk bicaranya....nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang byk silapnya...nescaya byklah dosanya. Dan barangsiapa byk dosanya...nescaya neraka lebih utama baginya" -rw Abu Naim-

"Barangsiapa beriman kepada Allahdan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam'-rw Bukhari&Muslim-

Madah dari hukama :" Banyak diam x semestinya bodoh....banyak cakap x semestinya cerdik...kerana kecerdikan itu buah fikiran....orang cerdik yg pendiam lebih baik dari org bodoh yg byk cakap...."

Wa Allahu A'lam Bisawab.....

#kreditdiaricomelaku

Jumaat, 3 Februari 2017

Semua manusia di bumi ini pasti akan diuji

Tiada manusia diuji oleh Allah melebihi kemampuan dirinya. * Be happy by PuiColorat

Ujian ini tidak semestinya pahit malah kesenangan dan kegembiraan juga merupakan satu ujian buat diri kita yang bergelar hamba Allah.
Hidup ini pasti ada pasang surutnya. Kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah. Langit tidak selalunya cerah.
Setiap daripada kita ditimpakan dengan berbagai ujian yang berbeza tanda kasih sayang daripada yang Maha Penyayang.
Allah berfirman dalam surah Al Ankabut ayat 2-3, yang bermaksud:
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) mengatakan kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi. Dan sungguh kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
Menerusi ayat cintaNya dapat kita simpulkan bahawa ujian ini merupakan salah satu kekuasaan Yang Maha Esa untuk menilai hambaNya yang ikhlas mencintaiNya.
Hanya yang benar-benar yakin dengan kekuasaan dan janji Maha Esa mampu mengatur langkah mencari setiap hikmah ujian sambil hatinya berkata “Ujian ini milik Allah. Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Hanya pada Allah kami memohon harap dan pertolongan”.
Tidak dinafikan tidak mudah bagi jiwa seorang hamba untuk tidak berasa sedih jika dihadapkan dengan ujian yang bertimpa sementalah ujian-ujian itu amat memeritkan seperti kehilangan orang tersayang, dikhianati atau disisihkan oleh keluarga.
Namun, itu bukan alasan untuk kita terus bangkit.
Yakin dengan kekuasaan Allah, pasti Allah sedang menyiapkan sesuatu untuk hambaNya. Teruskan melangkah, ambil hikmahnya.
Lain orang, lain caranya.
Walaupun ujiannya sama, tetapi cara mengatasinya berbeza.
Pelbagai ujian akan kita lalui dan setiap laluan yang kita pilih juga berbeza, namun, jika kita berusaha dan bertawakal kepadaNya tidak mustahil kita dapat sampai ke destinasi akhir tersebut.
Ada yang kandas di perjalanan hanya kerana sikap meratapi setiap ujian, menyalahkan takdir, enggan berusaha, menyepi diri dan bodoh sombong.
Kikislah sifat-sifat ini.
Mana mungkin kita akan berjaya jika kita masih di takuk lama. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah. Yang diciptakan akal untuk berfikir.

beberapa tips bagaimana menukar persepsi bahawa ujian itu nikmat
  1. Yakin dengan ketentuan Allah (pasti Allah menggantikan yang lebih baik dan yakinlah Allah sedang mengabulkan doa kita bahawa Allah sedang memberikan petunjuk dan yang terbaik untuk kita)
  2. Berfikiran positif (sentiasa mengucapkan kata-kata positif dan memberi semangat pada diri untuk berubah ke arah kebaikan)
  3. Muhasabah diri (lihat kekurangan diri dan perbaiki)
  4. Bergaul dengan orang sekeliling (jangan sesekali menyendiri kerana waktu ini syaitan akan mula menghasut atau minta pertolongan insan yang dipercayai jika perlu)
  5. Alihkan perhatian (lakukan sesuatu yang dirasakan mampu mengubat diri
WaAllahu a'lam bisawab.....
#kredit-akuislam.com