nuffnang

Selasa, 31 Januari 2017

don't jugde a book by its cover....

Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya.



Hasil carian imej untuk kisah teladan pengembala kibasBapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam, Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid - murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul dihadapannya lalu beliau telah bercerita :Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung didalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang,yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya.

Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang ke rumah masing -masing sambil ketawa terbahak-bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset. Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan!Subhanallah! Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul di masjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandang pun tiada, seolah-olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah. Allah Ta'ala telah berfirman yang sekira - kira bermaksud :"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa.(SurahAn-Najm : 32)

Khamis, 19 Januari 2017

KUAT...KUAT...KUAT.....

Ada yang berpendapat bahawa wanita ini lemah..mudah sangat menjatuhkan air mata dan mudah sangat rapuh.. Tahukah anda sekalian..hati wanita ini halus dan suci..hanya lelaki yang yang sejati sahaja yang boleh menjadi penawar hatinya.. erk...ye ke?huhu....

ketahuilah jika wanita itu kecewa..sukar baginya untuk merawat hatinya yang kian terluka dengan apa yang terjadi...semakin dia berusaha lupakan seseorang itu..semakin dia mengingatinya...

jadi ..bangkitlah dengan kalimah ALLAH..jangan pernah mengalah dengan apa yang terjadi..yakinlah setiap yang berlaku ini ada hikmahnya..

Manusia itu memiliki hati dan perasaan manusiawi...dan tentu sahaja perasaan yg lazim disebut adalah CINTA,KASIH,SAYANG...

Ya..ianya benar... rasa cinta itu tentu sahaja ada di dalam hati setiap manusia.. begitu juga dengan aku..seorang wanita yg sgt kecil,kerdil di dunia.. Seberapa rapuhnya hati aku,hanya Allah yg tahu... 


Bila Allah mentakdirkan sesuatu buatnya..maka itulah yang TERBAIK...

Bila dia gembira,aku juga turut gembira di atas kegembiraannya.. di setiap doa aku,aku akan doakan yg terbaik utknya... Mudah2an Allah perkenankan... Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segenap hati hamba2Nya...SUBHANALLAH... 

ALLAH ingin menguji sejauh mana keimanan  kita sebagai wanita...
ingatlah setiap apa yang hilang itu sebenarnya ALLAH ingin menggantikan kita dengan sesuatu yang lebih baik... LA TAHZAN...

Image result for hati wanita rapuh

#janganbiarakusendiri

Rabu, 18 Januari 2017

LIFE IS TOO SHORT

Imej yang berkaitan
Aku tak pandai bercinta

Aku tak indah bicara
Hanya manusia
Yang mengagumi mu
Walau Tak kan
Pernah ku miliki

Aku ada di depan mata
Aku tetap selalu ada
Aku manusia
Yang mencintakan mu
Dalam bisu
Bersendiri aku

Dengan nafas ini
Ku aturkan langkah
Menuju dirimu
Walau ku sedari
Rasa ini tak mungkin
Kau kan mengerti
Selamanya ku dikoyak waktu


Selasa, 17 Januari 2017

AYAT-AYAT CINTA


imageRasulullah Sholallaahu ‘Alaihi Wassalam, Abu Bakar, Umar, dan Utsman datang bertamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fathimah, puteri Rasulullah Sholallaahu ‘Alaihi Wassalam sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fathimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan, sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah Sholallaahu ‘Alaihi Wassalam segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap ketiga
benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut.

Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, “Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih
susah dari meniti sehelai rambut”

Rasulullah tersenyum, lalu beliau menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya.
Umar segera berkata, “Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang
cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”

Rasulullah Sholallaahu ‘Alaihi Wassalam kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Utsman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka.
Utsman berkata, “Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik
ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”
Seperti semula, Rasulullah Sholallaahu ‘Alaihi Wassalam kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya. Beliau pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya.
Ali berkata, “Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang kerumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”
Rasulullah Sholallaahu ‘Alaihi Wassalam segera mempersilakan Fatimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka.
Fathimah berkata, “Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah
mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah
dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut” 
Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah Sholallaahu ‘Alaihi Wassalam segera berkata,
“Seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehelai rambut”

Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan, “Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut.”

Allah Subhanahu Wa Ta’ala  pun membuat perumpamaan dengan
firman-Nya dalam hadis Qudsi,
“Surga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju surga-Ku lebih sulit dari meniti sehelai rambut”


Wa Allahu A'lam bisawab.....

Ahad, 15 Januari 2017

SELANGKAH

Hari ni.....seorang rakan telah dijemput Allah pulang awal dgn tidak aku jgka ....mninggalkn suami dan anak2 tercinta.....
Kawan...perjuangan kita masih belum selesai.....kau pergi mninggalkn kami tnpa sempat mnggalkn sbarang kata.....
Walaupun kita bukanlah boleh diistilahkn kwn rapat...tp bila bersua...byk pula ceritanya....itulah hubungan atas dasar ukhwahfillah...kita sama2 mulakn lngkh masuk ke bidang yg sgt melelahkn ini....
Akn ku kenang...stiap kali kita bertemu....kau akn peluk seerat mgkin....akn ku ingat segala nasihat2mu...kerana kau lah kakak buat kami...
Aku sgt terkesan dgn kehilanganmu....
Rehatlah sahabat....smoga kau tenang disana
Disisi kekasih sejatimu....
Hanya doa yg mampu kukirimkan buatmu....
Alfatihah buat Allahyarhamah Norliza bt Ibrahim....

Jumaat, 13 Januari 2017

HIJAB

kadang-kadang....diri terfikir...
kenapa masih lagi alpa
kenapa masih melakukan perkara yg sama
sedangkan...hidup kita bukan la lama....
seumpama antara azan dan iqamat.....


Image result for dunia adalah tipuan

biarkan semuanya terhijab......
biarlah setakat dari hati dan diproses di aqal....
dan tersangkut dikerongkong....
itu lebih baik dari diluahkan...
MAMPU KE.....?


Image result for hijab quotes
insyaallah....